My Friends & The Pit Zine #4 – Announcement!

from: timmyboy

hey.. saya timmy dari MY FRIENDS AND THE PIT zine! untuk pengetahuan kamu, MY FRIENDS AND THE PIT akan mengeluarkan isu #4 di dalam masa yang terdekat dan beberapa perubahan yang akan dilakukan untuk isu #4 dan seterusya:

saiz: kami akan mengecilkan size zine dari A4 ke saiz A5

kualiti kertas: kami akan mengubah kualiti kertas dari newsprint ke kertas yang lebih tebal (berkemungkinan kertas dari jenis art paper)

harga: untuk 20 muka surat zine MFATP #4 kami akan memberi secara PERCUMA!


yes! free muthafucka! tiada sebarang caj yang akan dikenakan untuk memiliki zine MFATP #4 dan isu seterusnya. Kecuali caj postage dari JB ke kediaman rumah kamu

Dan MFATP akan rilis 2 kali setahun, Januari dan Jun! Tujuan kami memberikan MY FRIENDS AND THE PIT secara percuma adalah untuk memupuk semangat membaca zine di dalam komuniti hardcore punk malaysia! yeah, kita sedar yang sekarang anak2 hc/punk semak(!) ini kurang membaca apatah lagi membeli zine, jadi kami mengambil inisiatif memberikan zine ini secara GRATIS! PERCUMA! FREE

Jadi di sini saya ingin meminta bantuan kalian untuk menjadi workers tidak berbayar untuk MY FRIENDS AND THE PIT; kami memerlukan kolumn, scene reports, review bahan bacaan dan musik!

Untuk menanggung kos printing, kami meminta label2 di Malaysia dan luar untuk meletakkan advertisements di zine kami. Untuk waktu ini hanya 2 jenis ads sahaja yang sedia ada:

Half Page: RM 70
Full Page: RM 100
Back Page: RM 150

jadi jika label anda berminat, sila kontaks saya untuk reserve space! ukuran terperinci akan di update pada email seterusnya! kami menerima ads dari label musik, clothing, kedai makan, kedai skateboard!

yang penting tujuan kami dapat memberikan zine secara percuma dan dapat menanggung kos printing! thanks atas interest dan pembacaan!

from the kids to the kids,

MY FRIENDS AND THE PIT HQ

contact: timmyboy
myfriendsandthepitzine @ myspace

One Comment, Comment or Ping

  1. punkie

    wonderful,
    bro i think u can approach pekedai independen yg baik hati di:
    myspace.com/toolsntrade

What do you think, boss? Write your comment...

You must be logged in to post a comment.