Elle J. Hafiz: Fahmi Reza - Menjejak Sejarah Yang Dilupakan

Fahmi Reza: Menjejak Sejarah Yang Dilupakan
oleh Elle J. Hafiz
28 Februari 2004. Fahmi Reza berlegar di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama ramai lagi orang awam yang turut bertandang ke sana. Ada bersamanya ialah poster dan beberapa material grafik lain yang direka sendiri untuk tujuan perhimpunan aman membantah keganasan polis Sabtu itu.
Dia kemudiannya bergerak ke sebatang pokok untuk mengikat kain rentang yang ada. Tali untuk mengikat penjuru hujung kain berkenaan terlebih panjang. Dia mengeluarkan pisau kecil pemotong kertas (paper cutter) dari dalam beg sandang yang dikendong untuk memotong tali tadi. Tak berapa lama selepas dia bertinggung ke bawah, ada jerkah kuat kedengaran seperti ditujukan ke arahnya, “Pisau! Pisau!”. read the rest of this entry



