Hishamuddin Rais: Yang Bersih Dan Yang Kudus

YANG BERSIH DAN YANG KUDUS
oleh Hishamuddin Rais

Image

Saya cukup yakin ramai pembaca yang berpendapat jika seseorang berniaga dan ingin menjadi kaya raya dengan segera bisnes yang terbaik ialah dadah dan jual beli senjata. Perniagaan ini dijamin akan membawa pulangan yang cukup lumayan. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan para pembeli yang sentiasa terikat dengan barang jualan kita. Pembeli dadah yang terus gian akan menjadi pasaran yang terikat. Manakala si pembeli senjata memerlukan senjata kerana mereka takut. Justeru untuk selamat mereka memerlukan senjata dari kita untuk mempertahankan diri.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Matinya Seorang Pejuang Siber

MATINYA SEORANG PEJUANG SIBER
oleh Hishamuddin Rais

Image

Berita kematian MGG Pillai sampai kepada saya melalui Sistem Pesanan Ringkas, pada hari Jumaat 28 April yang lalu. Ketika itu saya berada di luar Kuala Lumpur. Banyak pesanan yang sama sampai ke dalam talipon bimbit saya. Malah saya juga ada menerima panggilan talipon untuk memberitahu tentang kematian MGG Pillai. Esoknya apabila jenazah MGG Pillai di makamkan saya masih lagi berada juah dari Kuala Lumpur.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Dimana Perginya Katak Hijau Itu?

Image

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Barat Sebagai Musuh

BARAT SEBAGAI MUSUH
oleh Hishamuddin Rais

Minggu ini, saya terbaca tentang kes sepasang anak muda yang “ditangkap” kerana sedang memadu kasih di sebuah taman. Mereka dikatakan sedang bercumbuan kasih. Kes ini berpanjangan sehingga sampai ke lembaga penghakiman yang tertinggi dalam negara ini. Saya tidak mempersoalkan keputusan kehakiman. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap dan alasan-alasan orang-orang dewasa/tua terhadap anak-anak muda.

Dalam masyarakat Melayu biasanya hujah yang akan diberikan untuk mengawal anak-anak muda ialah kelakuan dan perangai mereka telah melanggar budaya. Atau telah melanggar adab sopan. Atau kelakuan mereka bukan dari budaya Timur. Mereka dipengaruhi oleh budaya dari Barat. Hujah “pengaruh budaya Barat” inilah yang terus berpusing-pusing untuk didengarkan ke telinga anak-anak muda. Jika tidak cukup dengan ini maka hujah-hujah ini akan disalut pula dengan hujah-hujah Islam.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Bahasa & Pengucapan

BAHASA DAN PENGUCAPAN
by Hishamuddin Rais

Saya menolak konsep Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Saya juga menolak konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Pada ketika ini saya mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan. Konsep bahasa strategik ini adalah tahap yang paling awal dalam usaha menggalang dan mengembelingkan tenaga untuk melahirkan negara bangsa.

Konsep negara bangsa ini juga adalah konsep yang baru. Untuk Tanah Melayu konsep ini wujud sebagai pengalaman sesudah dilanda zaman kolonial. Kekitaan yang diwujudkan melalui bahasa juga bermula apabila manusia Melayu mula berkenal dengan “orang lain” yang dibawa masuk oleh penjajah ke Tanah Melayu.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Najib, Minyak & Senjata

NAJIB, MINYAK DAN SENJATA
oleh Hishamuddin Rais

“Finnish ambassador to Malaysia, Lauri Korpinen, last week announced that his government was eager to step up dealings with Malaysia. Right now the Finns are aiming for defence contracts and to help promote Finnish companies, Defence Minister Dr Seppo Kaariainen is scheduled to arrive sometime this month, at the invitation of Malaysian Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.”

“Duta Finland ke Malaysia, Lauri Korpinen, telah membuat pengumuman minggu lepas yang kerajaan beliau cukup bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dengan Malaysia. Ketika ini negara Finland sedang merancang untuk memborong kontrek-kontrek persenjataan dan untuk mempromosi syarikat-syarikat Finland. Menteri Pertahanan Finland Dr. Seppo Kaarianen dijangkakan akan membuat lawatan ke Malaysia pada bulan ini. Lawatan ini adalah di atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.” ( Terjemahan dari laporan asal)

– Laporan Jakob Holm dari ScanAsia.com - 6 March 2006

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: King Kong - Sarung Party Boy

KING KONG: SARONG PARTY BOY
oleh Hishamuddin Rais

Image

Kehidupan dunia moden semakin mengasak kita. Mata kita akan terus dikelilingi oleh imej, gambar, ikon, logo atau papan-papan tanda. Kota-kota kita berselirat dengan papan tanda dan papan iklan. Ada pelbagai imej yang terpaksa kita hadapi. Ada papan iklan yang didirikan sehinggakan anak mata kita tidak dapat mengelak melainkan memandang atau membaca iklan tersebut. Semua imej-imej ini membawa semiotik - tanda dan makna.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Black Metal – Yang Berat Dan Yang Hitam

BLACK METAL - YANG BERAT DAN YANG HITAM
oleh Hishamuddin Rais

Tahun 2005 berakhir dengan nota yang kurang menyenangkan. Apa yang saya maksudkan ini bukan kerana kegagalan bursa saham melonjak tetapi penangkapan hampir 500 anak-anak muda yang sedang merayakan pesta tahun baru di sebuah kelab muzik – Paul’s Place - di Jalan Klang Lama. Mereka dikatakan sebagai penganut/peminat muzik genre Black Metal.

Saya telah memerhatikan dengan rapi laporan-laporan berita mengenai apa yang dipanggil pengikut dan peminat genre muzik Black Metal. Kali pertama dahulu agenda Black Metal ini ditimbulkan secara besar-besaran pada tahun 2002 oleh Doktor Siti Zaharah. Bekas menteri ini ketika itu sedang cuba mengembangkan kembali sayap politiknya yang telah patah. Black Metal telah digunakan sebagai peluru politik.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Selamat Datang 2006

SELAMAT DATANG 2006
oleh Hishamuddin Rais

Saya bukan seorang nujum. Tetapi dari apa yang saya perhatikan dan dari apa yang saya kaji dan baca, tahun 2006 ini akan lebih menarik, rancak dan menggegarkan hidup dari tahun lalu. Ini hanya ramalan/ pandangan yang mungkin kesemuanya salah. Jika apa yang saya paparkan ini kantoi maka ertinya pada tahun 2006 ini kehidupan kita sebagai sepesi manusia masih lagi selamat dalam dunia ini. Ramalan-ramalan saya ini bukan pesimis atau untuk menakut-nakutkan. Saya ingin menjadi serealis yang mungkin agar tahun 2007 nanti kita semua akan dapat bersama-sama berpesta menyambut tahun 2007.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Media & Alternatif

MEDIA DAN ALTERNATIF
oleh Hishamuddin Rais

Dari apa yang saya perhatikan, ketika ini masih ramai warga yang memiliki kekeliruan tentang kebebasan media. Warga yang saya maksudkan ini bukan warga biasa tetapi aktivis sosial, aktivis parti, para inteligensia dan para pembuat pandangan. Kekeliruan pandangan ini adalah hasil dari cara pemikiran yang tidak tersusun. Pemikiran yang tidak tersusun ini adalah hasil dari pada daya fikrah yang tidak terdidik dalam ilmu falsafah.

Jika kita ingin membina badan maka apa yang wajib kita lakukan ialah senaman, yoga atau bersukan. Jadi jika kita ingin memiliki cara berfikir yang tersusun rapi maka apa yang perlu ialah pengetahuan dalam ilmu falsafah. Hanya ilmu falsafah sahaja yang akan dapat mendidik otak kita untuk dapat berfikir dengan cara kritikal, tersusun dan sistematik. Jika senaman bertujuan untuk kesihatan badan. Falsafah ialah senaman untuk menyihatkan otak kita agar dapat berfikir secara tersusun.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Kita & Nilai Felda

KITA DAN NILAI FELDA
by Hishamuddin Rais

Saya kurang pasti apakah kita harus berbangga atau bersedih apabila negara kita Malaysia menjadi tuan rumah untuk pelbagai persidangan antarabangsa. Kalau saya berbangga maka jelas bahawa saya ini hanya memiliki nilai-nilai Felda. Nilai Felda yang saya maksudkan ini ialah nilai kulitan yang hanya dapat melihat perkara-perkara yang dapat dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Dacing & Timbang

DACING DAN TIMBANG
oleh Hishamuddin Rais

Ketika ini saya sedang merasa takut. Ini kerana saya sedang memerhatikan keruntuhan nilai-nilai yang memisahkan nilai salah dengan nilai betul. Garis pemisah di antara yang baik dengan yang salah semakin menjadi kabur. Hari demi hari saya perhatikan keruntuhan ini semakin jelas. Saya hanya berani berkata tentang manusia Melayu sahaja. Ini kerana saya tidak mengetahui apakah perkara yang sama juga sedang melanda budaya nilai warga bangsa lain dalam negara kita ini.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Bila Bodoh Kahwin Kuasa

BILA BODOH KAHWIN KUASA
oleh Hishamuddin Rais

Kebodohan jika bersekongkol dengan kuasa maka hasilnya pastilah porak peranda. Dan inilah yang sedang kita saksikan berlaku dalam bidang pencarian ilmu dalam negara kita ini. Apabila Times Higher Education Supplements telah menjatuhkan kedudukan Universiti Malaya dari 89 ke 169, maka dengan tiba-tiba sahaja kedengaran suara siamang dan ungka-ungka bersahut-sahutan dari sarang-sarang akademik mereka.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Hubaya Hubaya Mahathir & AP-AP-nya

HUBAYA HUBAYA MAHATHIR DAN AP-AP-NYA
oleh Hishamuddin Rais

Minggu lalu seorang pegawai tinggi dari sebuah bank internasional telah bertanya kepada kawan saya kenapa Mahathir Muhamad terus menimbulkan isu AP dan mempertikaikan semua kenyataan Rafidah Aziz. Kawan saya ini seorang ahli perniagaan lalu menyusulkan pertanyaan itu kepada saya. Ini bukan satu soalan yang baru bagi saya. Saya juga telah berkali-kali ditanya oleh anak-anak muda dari Universiti Bangsar Utama dengan persoalan yang sama.

read the rest of this entry

Hishamuddin Rais: Melayu & India Muslim

MELAYU DAN INDIA MUSLIM
oleh Hishamuddin Rais

Minggu ini saya tersenyum lebar. Saya gembira kerana berbangkitnya persoalan tentang merdeka yang saya rasa satu perkara yang wajib terus kita dibincangkan bersama. Kemudian timbul pula cerita siapakah dia Melayu. Persoalan ini ditimbulkan oleh satu kumpulan India Muslim yang menuntut agar ahli-ahli kumpulan parti mereka diterima sebagai Melayu. Cerita-cerita tentang kumpulan atau parti politik ini mahu menjadi Melayu bukan satu yang baru. Saya sendiri telah banyak mendengar lawak-lawak tentang kumpulan ini.

read the rest of this entry

Continue Previous page Next page

  • A Circle of Friends

  • Blogging Friends

  • Forums

  • Joe's Favourite Pages

  • Malaysian + Regional Music Portals

  • Mp3 Blogs + Downloads

  • Podcasts + Net Radio

  • Regional Mp3 Blogs

  • Ricecooker Supports

  • Southeast Asian DIY

  • Hey You!

    I know you have something to share!

    Send us that thing - contributions (art, words, interviews, whatever.), music, films, tips, zines, generous bottles of budu etc. We are eager to review or put it up here lah

    If you have a gig or an event, gathering, demo etc. happening soon, do send us details and flyers too.

    Snailmail: The Ricecooker, 14A Bukit Ceylon 50200 KL, Malaysia

    email: click here!

    one caveat: we reserve the right to NOT to carry or feature anything we think inappropriate.

    ricecooker is mainly about promoting and documenting the DIY + indie cultural expression and the people behind it.

    We generally avoid entities, products or events related to corporations, corporate-sponsorships & such.

    cheers boss! Thanks for reading.